11 OGOS 2008
Saya dan guru-guru bertolak dari sekolah pada jam 11pagi.Kami menaiki van yang dipandu oleh pemandu Sekolah Pokok Sena.Semasa dalam perjalanan ke sana saya diminta melatih kawan saya yang bernama Shahrul Akmal.Saya melatih kawan saya dengan gigih agar dia dapat mengingati dengan lebih mudah.Pemandu kami berhenti berehat di Plaza Tol Sungai Buloh.Kami meneruskan perjalanan kami semula.Selepas beberapa jam kemudian kami tiba di tempat penginapan iaitu di Hotel Sepang, Selangor.
12 OGOS 2008
Debaran sudah mula terasa Pertandingan Pidato Piala Diraja Separuh Akhir sudah berlangsung.Malang tidak berbau kawan saya tidak melepasinya setelah kalah ke tiga terbaik.Kawan saya mengatakan dia telah melakukan yang terbaik.Saya dan guru berkata bukan rezeki kita.
13 OGOS 2008
Kami diberi rehat dan dibawa ke Alamanda Putrajaya tetapi saya dan guru saya tidak dapat ikut kerana bas sudah penuh.Saya dan guru bercadang ke tempat bedekatan iaitu di Nilai 1,Negeri Sembilan.Dalam perjalanan ke Nilai 1 saya dan guru tersilap naik bas sehinggakan kami terus ke KLIA.Kami membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.
14 OGOS 2008
Hari terakhir sudah tiba penyokong sekolah sudah sampai yang menyangka Shahrul Akmal pergi ke peringkat akhir.Dengan iringan Cikgu Faridah,dia mengatakan kepada penyokong sekolah terus berikan sokongan padu kepada peserta yang layak ke peringkat akhir.Di dalam majlis itu juga kami diminta berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku yang menandakan keberangkatan masuk Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Seri Hishamuddin.Pemenangnya sudah diketahui yang dikategori sekolah rendah dan sekolah menengah.Pemenangnya akan membawa pulang replika Pidato Piala Diraja serta cek RM800 bagi sekolah rendah dan RM1000 bagi sekolah menengah.Sampai di sini sahajalah pengalaman Super Syukri semasa Pertandinan Pidato Piala Diraja.
Sunday, December 14, 2008
Pengalaman Semasa Pertandingan Pidato Piala Diraja
Posted by Akram97 at 8:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Semoga anda berjaya lagi pada masa yang akan datang. Diharap anda dimurahkan rezeki.
Post a Comment