CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 14, 2008

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Perjalanan ke Pulau Pinang ini mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit yang juga disertai dengan murid seramai 37 orang dan guru bimbingan seramai 9 orang.

Perjalanan kami bermula daripada bukit bendera.Kami menaiki gendola untuk pergi ke atas bukit tetapi yang mengecewakan kami semua adalah kami tidak dapat meneruskan perjalanan kami menaiki gendola hingga ke atas bukit kerana kerja-kerja pembaik pulih sedang dijalankan lalu kami hanya dapat pergi hingga ke stesen2 daripada 4stesen yang ada.


Kami kembali ke bas kami untuk meneruskan perjalanan yang ke-2.Kami pergi ke pantai bahang sambil berkelah.Di situ juga kami dapat menikmati permandangan yang indah sambil melihat laut yang bergelora.


Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke muzium mainan.Di situ juga kami mengambil peluang yang ada untuk mengambil gambar dengan semua mainan yang ada.Mengikut pemilik muzium mainan ini dikatakan mempunyai 100% mainan yang 60%nya disimpan dengannya dan 40% lagi diletakkan di dalam muzium mainan.


Kami mengakhiri perjalanan kami yang terakhir di muzium perang.Muzium perang ini terletak berhampiran dengan hutan.Menurut pakar sejarah di situ muzium perang ini dulu dikatakan diperintah oleh negara British.Selepas beberapa tahun daripada pemerintahan British,mereka telah diserang oleh Jepun yang diketuai oleh Yamashita.Sampai di sini sajalah perjalanan Super Syukri di Pulau Pinang.

0 comments: